Wednesday, July 1, 2015

Seoul Lantern Festival & Night Videography punya tips!

Ni kali sa mau cerita pasal Seoul Lantern Festival di Seoul. Kalau di Sabah kena panggil Pesta Tanglung ( dalam bahasa Sabah la, tapi tidak tau kalau ada festival ni , kalau ada sorry tidak notice ).

Sebenarnya, video saya lama sudah berhabuk di dalam Youtube ni (biasalah, "femes" kan) . Jadi, saya mau share la macam mana orang Kuria ( Korea ) ni pasang tanglung diorang di tengah sungai kecil ( stream orang putih bilang ). Diorang biasa buat ni time sejuk-sejuk bulan 11 atau 12 gitu. Time tu suda sejuk gila, sanggup lagi saya rakam video di sana. Tapi mo kenangan kan.


Plus, saya rakam ni pun sebab mau test macam mana rakam video waktu malam. ( Ni serius sikit dalam videografi ... ) macam mana mau rakam supaya tidak banyak NOISE dalam video saya.

ISO jangan lebih 3200, f number bagi lens DSLR guna yang rendah (mahal kali kan), and avoid video kita kelip-kelip semasa merakam. Kadang kalau shutter speed kita tinggi, cahaya akan kelip-kelip dan video tidak cantik. Ok lah tu ja . Panau gulu oku!

Monday, June 29, 2015

Ramadan 101 ( Korea Selatan )

Sebenarnya saya ni bukan beragama Islam, tapi apa salah kan kalau saya share video macam mana kawan - kawan saya yang beragama Islam menyambut bulan Ramadan diorang di Korea Selatan sebagai pelajar.
Yang betulnya, walau pun nama ja belajar di luar negara, tapi kehidupan bukanlah macam dalam drama TV3 "Kau Yang Terindah" lakonan si Fizo Omar tu. *mesti terus google search ni kan haha*. Ramadan pun, kawan-kawan berpuasa selama 17 jam woh. Lama sangat. Aku pun tak tahan kalo gitu.


Hah, video atas ni masa diorang berbuka sama-sama di bilik. 


Yang ni pula, video yang saya rakam masa kawan-kawan saya sama-sama berbuka di Kedutaan Malaysia di Seoul.


Sunday, June 28, 2015

Asal Sakura, mesti ingat Winter Sonata 2.0

Finally exam dah habis, duduk kat rumah, diam pastu start dah boring. Bila dah boring ni, baru mau start tulis balik di blog yang kurang femes ni.

Sekarang ni musim panas kat Korea, pastu banyak duduk dalam rumah. Stok gambar yang ada pun cuma stok gambar masa musim bunga. Finally, saya pun beli DSLR dan dapat juga gambar tempat lawa-lawa sikit banding ngan post aku dulu.



(sekitar Samcheongdong)



( Belakang rumah)

Semua ni aku guna Canon 550D.
Skang dah payung 2 -3 gambar kat korea ni, kalau free and skang ni tngah baca blog ni sambil duduk2, boleh lah singgah instagram aku kat link ni http://ink361.com/app/users/ig-361848784/nivlaque/photos .
Happy holiday untuk semua student Uni yang bercuti !