Tuesday, July 29, 2014

Mi Sejuk Korea ?? Boleh makan sejuk ?





























Makanan ini digelar Naengmyeon atau pun dalam bahasa Melayunya, mee sejuk. Semasa first time, merasa mee ini, beku lidah dan rasanya pun macam 'tak sampai' sebab sup sejuk. Semasa menggaul-gaul sup dan mee tu, rupanya tukang masak Nyeongmyeon tersebut meletakkan ketulan kecil ais batu yang dipecahkan, ke dalam sup. Kalau makan ini semasa musim sejuk di Korea Selatan, pasti lidah beku dan perut pun memulas. Bayangkan, ais cendol tu dicampur dengan mee yang berminyak.

Namun, mee ini selalunya hanya dijual semasa musim panas dan rasanya memang sedap kalau dimakan apabila suhu di luar kedai panas umpama El-Nino. Sekali, dua kali, tiga kali makan, lama kelamaan,mee ini pun dah menjadi sedap. Walaupun sejuk, rasa mee tidak hilang dan masih terasa garamnya. Dan di sebelah mee tu, ialah Yellow Radish Pickle dan makanan atau side dish 'femes' di Korea, Kimchi.



No comments:

Post a Comment