Monday, August 4, 2014

Asal Sakura, mesti ingat Winter Sonata






























Sepanjang sekolah menengah, selalu terbayang, macam mana bentuk sebenar pokok sakura ni. Sebab bila tengok dalam drama-drama Jepun atau di komik-komik atau drama Korea, part-part dedaun sakura berguguran tu memang cantik dan dulu, belum ada lagi pokok-pokok pink di Malaysia (kecuali sekarang, sebab dah ada pokok daun pink di kawasan Kedah dan Pulau Pinang yang 'femes' digelar Pokok Sakura Malaysia). Akhirnya, bila menetap di Seoul, Korea Selatan, saya dapat melihat bunga sakura ni secara close-up dan rasanya gambar-gambar ni macam tidak menyampaikan sepenuhnya kecantikan pokok-pokok Sakura di Bumi Sonata.

Apa yang saya baru ketahui pasal bunga sakura ini ialah, bunga sakura hanya bertahan dalam seminggu lebih. Kerana dalam masa seminggu selepas bunga Sakura mengembang, akan turun hujan dan menyebabkan bunga pink Sakura ni gugur ke tanah. Dan juga, dedaun pink bunga sakura ni pun gugur disebabkan angin yang kuat semasa perubahan dari musim sejuk ke musim bunga.

Kebiasaannya, penduduk Korea atau para pelancong, mesti akan pergi ke Taman Yeouido. Taman Yeouido ini dipenuhi dengan bunga Sakura dan part yang paling best ialah bila kita dapat duduk or stay dekat bawah pokok Sakura semasa dedaun gugur akibat ditiup angin. Terasa macam dalam drama Korea pun ada gak.


Sekitar  Jalan SINDORIM


















Jalan menuju ke Taman YEOUIDO





















SINDORIM D-CUBE MALL (tempat santai atas Mall dengan pokok sakura)


No comments:

Post a Comment