Tuesday, August 5, 2014

Kalau tak faham 5 tips ni, susah nak travel di Korea Selatan



Sejak kebelakangan ini, semakin ramai Malaysian yang ingin melancong ke Korea Selatan. Kekadang kita pun tak tahu apa persediaan yang perlu dibuat semasa melancong ke Korea. Oleh itu, saya tulis artikel ini bagi memudahkan lagi persediaan yang perlu dilakukan. Bagi memudahkan lagi, persediaan-persediaan ni diringkaskan lagi kepada 5 Persediaan Penting sebelum melancong ke sana.

1. Download dan Install Apps-Apps di Smartphone yang penting. 

Pengangkutan di Korea sangatlah senang. Dalam bandar Seoul itu sendiri, sudah memiliki 9 rangkaian laluan keretapi bawah tanah dan memiliki beratus bas yang mengelilingi kota Seoul. Namun, kehadiran apps SUBWAY, memudahkan lagi kemudahan pengangkutan.

logo Apps SUBWAY

Jika inginkan Apps ini, boleh tekan di link ini https://play.google.com/store/apps/details?id=com.imagedrome.jihachul&hl=en.




























Apps ni memberi maklumat jangka masa tiba dan bahasa boleh dialih dari Korean kepada Bahasa Inggeris.

2. MENUKAR DUIT MALAYSIA KEPADA KOREAN WON PADA MASA YANG TEPAT.

Pastikan kita sudah menukar wang Ringgit Malaysia kepada Korean Won sebelum terbang ke sana. TETAPI, pastikan jangan menukar wang Ringgit di lapangan terbang KLIA maupun lapangan terbang Incheon kerana kadar pertukaran wang di sana merugikan.

Jika rajin sikit atau memiliki smartphone, download dan install apps yang bernama Currency Converter. Korang boleh semak kadar pertukaran semasa bagi Malaysian Ringgit ke Korean Won. JIKA 1000 KRWon = RM 3.50, maka itu dikira kadar biasa atau rugi sedikit. Namun, jika nilai Korean Won jatuh sehingga 1000 KRWon = RM 3.10 atau bawah lagi, maka itu merupakan masa yang baik untuk menukar duit anda.  Kalau nak tukar dengan harga murah, tukar duit di Pengurup Wang Berlesen daripada Bank.

- download dan install Currency Converter di sini, https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pocketools.currency&hl=en

3. MEMBAWA BARANG DAN DOKUMEN PENTING

Ini merupakan perkara basic kalau nak melancong ke mana-mana.PASSPORT dan tiket kapal terbang pastikan sentiasa dipegang dan diingat. Dengan pasport, pelancong asing di Korea boleh mendapat diskaun di SESETENGAH tempat, seperti tempat pelancongan.

Dan satu lagi ialah UNIVERSAL ADAPTOR! sangat penting. Kerana, plug bagi barang elektronik di Korea adalah berlainan dari Malaysia.

4. KETAHUI TEMPAT-TEMPAT HOTSPOT PELANCONGAN DI KOREA TERLEBIH DAHULU.

Saya akan buat artikel mengenai tempat-tempat di Korea yang patut dilawati nanti. Sebelum tu, saya akan bagi list tempat yang patut dilawati di bawah:

- Nami Island
- Seoul Station (antara old subway station)
- Petite France
- Namdae Market
- Namsan Tower
- Sky Park
- Paju
- Myeongdong Market
- Sinchon
- Gangnam
- Jongno Street
- Daehakno Street
- Everland
- Lotte World

5. PAKAIAN

Excited, excited juga. Tapi kenalah bersedia secara teliti. Dulu, waktu first time ke Korea, walaupun musim sejuk dah hampir nak habis, segala long john, skarf, sarung tangan, baju sejuk dibawa padahal cuaca taklah sejuk sangat, dan lebih sesuai jika hanya memakai sweater. WASTED.

Oleh itu, google dahulu, musim yang sedang melanda di Korea.

Musim sejuk : tak payah bawa segala pakaian yang saya sebut di atas. Jika ingin melancong seminggu dua, cukup dengan hanya membawa sehelai baju long john (lagipun harganya mahal). Long john boleh ja diganti dengan memakai sehelai T shirt biasa sebagai pakaian pemanas badan.  Dan bawa sejuk yang bubble2 tu. Seluar boleh bawa jeans atau slack, dan jika kaki kesejukan, boleh ja pakai seluar Long John kat dalam. Pakai 2 atau 3 helai baju. T shirt - Sweater - Baju Sejuk Bubble (mengikut urutan).

Musim Panas : Malaysian style. Done.

Musim Bunga : Sweater, baju-baju yang selesa (angin time ni terasa mencucuk ke dalam kulit jika bertiup)

Musim luruh : T shirt panjang lengan, seluar panjang (sebab angin bertiup kencang dan agak sejuk)

No comments:

Post a Comment