Tuesday, July 29, 2014

Siapa pernah pergi Gyeongbok Palace? *angkat tangan*






































Istana Gyeongbok.Gambar di atas menunjukkan pintu gerbang bagi istana tersebut, iaitu Gwanghwamun. Setelah bertanya-tanya dengan orang Korean dan di pondok pertanyaan, tempat ini ialah istana bagi raja dan permaisuri serta para gundik-gundik dan pembesar-pembesar Korea zaman dahulu. So, bila tahu penghuninya ramai, 'konfem' kawasan pun seluas beberapa padang bola sekolah rendah.

Masa yang saya ambil untuk mengelilingi tempat ini ialah 3 jam, iaitu termasuk waktu mengambil gambar di kawasan sekeliling ( apa tidak, nak gambar dekat pintu gerbang di gambar atas ni pun dah beberapa gambar), waktu rehat 5 minit, waktu menghayati alam sekitar).

Kecualilah kalau malas nak menghayati atau nak 'rush' ke tempat pelancongan yang lain, boleh saja siap keliling tempat ini dalam masa sejam. Tempat ini memang cantik dan kawasan bukit Bugak-San di belakang istana pun indah. Istana Gyeongbok (Gyeongbok Palace) ini sesuai dilawati semasa musim panas dan musim luruh di Korea Selatan.

Mi Sejuk Korea ?? Boleh makan sejuk ?





























Makanan ini digelar Naengmyeon atau pun dalam bahasa Melayunya, mee sejuk. Semasa first time, merasa mee ini, beku lidah dan rasanya pun macam 'tak sampai' sebab sup sejuk. Semasa menggaul-gaul sup dan mee tu, rupanya tukang masak Nyeongmyeon tersebut meletakkan ketulan kecil ais batu yang dipecahkan, ke dalam sup. Kalau makan ini semasa musim sejuk di Korea Selatan, pasti lidah beku dan perut pun memulas. Bayangkan, ais cendol tu dicampur dengan mee yang berminyak.

Namun, mee ini selalunya hanya dijual semasa musim panas dan rasanya memang sedap kalau dimakan apabila suhu di luar kedai panas umpama El-Nino. Sekali, dua kali, tiga kali makan, lama kelamaan,mee ini pun dah menjadi sedap. Walaupun sejuk, rasa mee tidak hilang dan masih terasa garamnya. Dan di sebelah mee tu, ialah Yellow Radish Pickle dan makanan atau side dish 'femes' di Korea, Kimchi.