Tuesday, August 5, 2014

Kalau tak faham 5 tips ni, susah nak travel di Korea Selatan



Sejak kebelakangan ini, semakin ramai Malaysian yang ingin melancong ke Korea Selatan. Kekadang kita pun tak tahu apa persediaan yang perlu dibuat semasa melancong ke Korea. Oleh itu, saya tulis artikel ini bagi memudahkan lagi persediaan yang perlu dilakukan. Bagi memudahkan lagi, persediaan-persediaan ni diringkaskan lagi kepada 5 Persediaan Penting sebelum melancong ke sana.

1. Download dan Install Apps-Apps di Smartphone yang penting. 

Pengangkutan di Korea sangatlah senang. Dalam bandar Seoul itu sendiri, sudah memiliki 9 rangkaian laluan keretapi bawah tanah dan memiliki beratus bas yang mengelilingi kota Seoul. Namun, kehadiran apps SUBWAY, memudahkan lagi kemudahan pengangkutan.

logo Apps SUBWAY

Jika inginkan Apps ini, boleh tekan di link ini https://play.google.com/store/apps/details?id=com.imagedrome.jihachul&hl=en.




























Apps ni memberi maklumat jangka masa tiba dan bahasa boleh dialih dari Korean kepada Bahasa Inggeris.

2. MENUKAR DUIT MALAYSIA KEPADA KOREAN WON PADA MASA YANG TEPAT.

Pastikan kita sudah menukar wang Ringgit Malaysia kepada Korean Won sebelum terbang ke sana. TETAPI, pastikan jangan menukar wang Ringgit di lapangan terbang KLIA maupun lapangan terbang Incheon kerana kadar pertukaran wang di sana merugikan.

Jika rajin sikit atau memiliki smartphone, download dan install apps yang bernama Currency Converter. Korang boleh semak kadar pertukaran semasa bagi Malaysian Ringgit ke Korean Won. JIKA 1000 KRWon = RM 3.50, maka itu dikira kadar biasa atau rugi sedikit. Namun, jika nilai Korean Won jatuh sehingga 1000 KRWon = RM 3.10 atau bawah lagi, maka itu merupakan masa yang baik untuk menukar duit anda.  Kalau nak tukar dengan harga murah, tukar duit di Pengurup Wang Berlesen daripada Bank.

- download dan install Currency Converter di sini, https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pocketools.currency&hl=en

3. MEMBAWA BARANG DAN DOKUMEN PENTING

Ini merupakan perkara basic kalau nak melancong ke mana-mana.PASSPORT dan tiket kapal terbang pastikan sentiasa dipegang dan diingat. Dengan pasport, pelancong asing di Korea boleh mendapat diskaun di SESETENGAH tempat, seperti tempat pelancongan.

Dan satu lagi ialah UNIVERSAL ADAPTOR! sangat penting. Kerana, plug bagi barang elektronik di Korea adalah berlainan dari Malaysia.

4. KETAHUI TEMPAT-TEMPAT HOTSPOT PELANCONGAN DI KOREA TERLEBIH DAHULU.

Saya akan buat artikel mengenai tempat-tempat di Korea yang patut dilawati nanti. Sebelum tu, saya akan bagi list tempat yang patut dilawati di bawah:

- Nami Island
- Seoul Station (antara old subway station)
- Petite France
- Namdae Market
- Namsan Tower
- Sky Park
- Paju
- Myeongdong Market
- Sinchon
- Gangnam
- Jongno Street
- Daehakno Street
- Everland
- Lotte World

5. PAKAIAN

Excited, excited juga. Tapi kenalah bersedia secara teliti. Dulu, waktu first time ke Korea, walaupun musim sejuk dah hampir nak habis, segala long john, skarf, sarung tangan, baju sejuk dibawa padahal cuaca taklah sejuk sangat, dan lebih sesuai jika hanya memakai sweater. WASTED.

Oleh itu, google dahulu, musim yang sedang melanda di Korea.

Musim sejuk : tak payah bawa segala pakaian yang saya sebut di atas. Jika ingin melancong seminggu dua, cukup dengan hanya membawa sehelai baju long john (lagipun harganya mahal). Long john boleh ja diganti dengan memakai sehelai T shirt biasa sebagai pakaian pemanas badan.  Dan bawa sejuk yang bubble2 tu. Seluar boleh bawa jeans atau slack, dan jika kaki kesejukan, boleh ja pakai seluar Long John kat dalam. Pakai 2 atau 3 helai baju. T shirt - Sweater - Baju Sejuk Bubble (mengikut urutan).

Musim Panas : Malaysian style. Done.

Musim Bunga : Sweater, baju-baju yang selesa (angin time ni terasa mencucuk ke dalam kulit jika bertiup)

Musim luruh : T shirt panjang lengan, seluar panjang (sebab angin bertiup kencang dan agak sejuk)

Monday, August 4, 2014

Asal Sakura, mesti ingat Winter Sonata






























Sepanjang sekolah menengah, selalu terbayang, macam mana bentuk sebenar pokok sakura ni. Sebab bila tengok dalam drama-drama Jepun atau di komik-komik atau drama Korea, part-part dedaun sakura berguguran tu memang cantik dan dulu, belum ada lagi pokok-pokok pink di Malaysia (kecuali sekarang, sebab dah ada pokok daun pink di kawasan Kedah dan Pulau Pinang yang 'femes' digelar Pokok Sakura Malaysia). Akhirnya, bila menetap di Seoul, Korea Selatan, saya dapat melihat bunga sakura ni secara close-up dan rasanya gambar-gambar ni macam tidak menyampaikan sepenuhnya kecantikan pokok-pokok Sakura di Bumi Sonata.

Apa yang saya baru ketahui pasal bunga sakura ini ialah, bunga sakura hanya bertahan dalam seminggu lebih. Kerana dalam masa seminggu selepas bunga Sakura mengembang, akan turun hujan dan menyebabkan bunga pink Sakura ni gugur ke tanah. Dan juga, dedaun pink bunga sakura ni pun gugur disebabkan angin yang kuat semasa perubahan dari musim sejuk ke musim bunga.

Kebiasaannya, penduduk Korea atau para pelancong, mesti akan pergi ke Taman Yeouido. Taman Yeouido ini dipenuhi dengan bunga Sakura dan part yang paling best ialah bila kita dapat duduk or stay dekat bawah pokok Sakura semasa dedaun gugur akibat ditiup angin. Terasa macam dalam drama Korea pun ada gak.


Sekitar  Jalan SINDORIM


















Jalan menuju ke Taman YEOUIDO





















SINDORIM D-CUBE MALL (tempat santai atas Mall dengan pokok sakura)


Sunday, August 3, 2014

Nasi Campur versi Korea

Bibimbap atau dalam bahasa Melayunya, Nasi Campur. Makanan ini sering keluar dipaparkan di muka TV atau di rancangan-rancangan TV Korea yang popular seperti Runningman. Bibimbap di atas ni, ialah hasil buatan tangan sendiri. Namun, cara-cara membuatnya pula sudah terlupa.












Bahan-bahan yang ada dalam Nasi Campur Korea ni ialah nasi, cendawan shitake, tauge, bayam, lobak merah, zucchini, kosari, daging cincang, chilli paste korea, minyak bijan dan telur mata lembu. Ceh macam power pulak kan haha. padahal check google ja.

Menurut apa yang saya dengar, orang Korea pada zaman kemiskinan 1990 an, anak-anak yang hadir di sekolah, mereka berkongsi setiap bahan makanan yang mereka bawa dan mencampurkan semua bahan di dalam sebuah mangkuk dan makan bersama-sama. Dan, sebab tulah startnya Bibimbap.

Harga makanan ni currently, dalam sekitar 5000 Korean Won (bersamaan dengan RM15.00 ++) dan makanan ni boleh didapati hampir di mana-mana kedai di Korea Selatan.

Tuesday, July 29, 2014

Siapa pernah pergi Gyeongbok Palace? *angkat tangan*






































Istana Gyeongbok.Gambar di atas menunjukkan pintu gerbang bagi istana tersebut, iaitu Gwanghwamun. Setelah bertanya-tanya dengan orang Korean dan di pondok pertanyaan, tempat ini ialah istana bagi raja dan permaisuri serta para gundik-gundik dan pembesar-pembesar Korea zaman dahulu. So, bila tahu penghuninya ramai, 'konfem' kawasan pun seluas beberapa padang bola sekolah rendah.

Masa yang saya ambil untuk mengelilingi tempat ini ialah 3 jam, iaitu termasuk waktu mengambil gambar di kawasan sekeliling ( apa tidak, nak gambar dekat pintu gerbang di gambar atas ni pun dah beberapa gambar), waktu rehat 5 minit, waktu menghayati alam sekitar).

Kecualilah kalau malas nak menghayati atau nak 'rush' ke tempat pelancongan yang lain, boleh saja siap keliling tempat ini dalam masa sejam. Tempat ini memang cantik dan kawasan bukit Bugak-San di belakang istana pun indah. Istana Gyeongbok (Gyeongbok Palace) ini sesuai dilawati semasa musim panas dan musim luruh di Korea Selatan.

Mi Sejuk Korea ?? Boleh makan sejuk ?





























Makanan ini digelar Naengmyeon atau pun dalam bahasa Melayunya, mee sejuk. Semasa first time, merasa mee ini, beku lidah dan rasanya pun macam 'tak sampai' sebab sup sejuk. Semasa menggaul-gaul sup dan mee tu, rupanya tukang masak Nyeongmyeon tersebut meletakkan ketulan kecil ais batu yang dipecahkan, ke dalam sup. Kalau makan ini semasa musim sejuk di Korea Selatan, pasti lidah beku dan perut pun memulas. Bayangkan, ais cendol tu dicampur dengan mee yang berminyak.

Namun, mee ini selalunya hanya dijual semasa musim panas dan rasanya memang sedap kalau dimakan apabila suhu di luar kedai panas umpama El-Nino. Sekali, dua kali, tiga kali makan, lama kelamaan,mee ini pun dah menjadi sedap. Walaupun sejuk, rasa mee tidak hilang dan masih terasa garamnya. Dan di sebelah mee tu, ialah Yellow Radish Pickle dan makanan atau side dish 'femes' di Korea, Kimchi.